Saturday, July 10, 2010

Ya Allah, berilah aku ketenangan.

dunia hari ini menyaksikan satu fenomena yang kian menggugat keagungan Islam. di mana-mana gaya hidup ala-ala heaven duniawi menjadi-jadi. masyarakat semakin terpengaruh dengan segala macam bentuk hiburan yang melalaikan yang dikatakan mampu untuk meredakan tekanan, keresahan, kegusaran serta kekusutan yang bermain di jiwa.

namun sejauh manakah corak kehidupan sebegini mampu untuk memulihkan segala sakit yang yang kian parah di 'dalam'. adakah dengan melalak berkaraoke, clubbing, berpesta dan macam2 lagi yang sewaktu dengannya itu boleh mengubat tekanan secara menyeluruh? bukanlah nak kata muzik, hiburan itu sesuatu yang haram. cuma bila salah pendekatan, mengakibatkan ianya jatuh hukum haram. inilah sebenarnya masalah jiwa yang kian menular.

kegembiraan, kedamaian, ketenangan, kesengsaraan, kebahagiaan itu datangnya dari hati, dari roh dan bukannya jasad. hakikatnya roh itu sangat dekat dengan penciptanya yakni Tuhan. maka apabila ia semakin jauh dengan penciptanya semakin sakitlah ia. perumpamaannya samalah seperti seorang anak yang dilahirkan dari perut seorang ibu. apabila si anak berjauhan dengan si ibu maka akan terbitlah rasa kerinduan yang sangat jitu yang mana kerinduan ini akan memandu si anak untuk kembali ke pangkuan si ibu bagi mengubati rindunya. jadinya, roh juga akan kembali segar dan mantap jika ianya diberi peluang untuk kembali dekat kepada penciptanya.

maka dengan itu, kembalilah kepada tuhan. sesungguhnya kita ini memang dicipta miliki nafsu dan akal. walau apa pun pilihan kita, pilihlah jalan Allah dengan penuh keikhlasan. insyaAllah ada ketenangan dan keberkatan di situ.

Thursday, July 23, 2009

Visi & Misi

Hidup memang begini. "Begini tu camana..??" Tetiba ada orang tanya plak. "Sukati la camana yang ko nak."(jawapan yang palat). Tapi nak buat camana, kadang-kadang orang yang bermasalah tak tau pon yang dia tu bermasalah. Bajet hebat tapi sebenarnya tak hebat, tau pasal semua benda tapi sebenarnya hampeh. Cuma orang sekeliling je yang perasan situasi camni, tapi tak nak luahkan. Dah tu camana la orang yang hampeh ni nak keluar dari kepompong kehampehannya. Sudahnya tiap-tiap hari camtu jela rutinnya. sebab tu la ada filem yang sudi tanpa segan silunya menggunakan tag line 'Hidup ini memang palat, tapi esok masih ada'(ada kene mengena ke, ahh lantak la). Alah poyo je semua tu. Apa yang poyonya?? Ntah..


Kerana itulah hidup yang takde matlamat perlu dimatlamatkan secepat mungkin. Jangan sampai susu rendah lemak MariGold dah basi baru nak menyesal sebab tak minum awal-awal. Sebenarnya bukan nak memperlekehkan golongan-golongan yang kurang berwawasan ni. Alah kita ni pun apala sangat, kadang-kadang kusut jugak. Cuma nak cari penyelesaian atas segala masalah-masalah yang muncul secara drastik dewasa ini. Mungkin nampak macam bangang je.. tapi serius beb, cuba imbas balik ilmu-ilmu yang ditimba sebelum ni plus dengan pengetahuan am serta pertimbangan akal yang waras dan iman yang teguh. Kenapa mat merempet?? Kalau diikutkan lebih baik tolong mak som jual kuih kat simpang jalan nun, tak pun tolong pak Suid toreh getah ke, lagi banyak pekdah. Sebabnya takde matlamat hidup la tu. Tak nampak Nur ke jalan yang lurus. Mana ada pakar neurologi saje-saje nak pegi merempit malam-malam buta. Tak senonoh langsung. Mat pit plak kenapa isap dadah dan seumpamanya?? Baik pegi main tenis, tak pon pegi Petrosains kat KLCC..wonderful beb!! Tapi tulah, akibat orang yang hidup tak berteraskan Islam dan tak yakin dengan perancangan Allah S.W.T. 'Tension', 'kusut', 'serabut', cara mudah nak hilangkan semua tu, amek dadah..perghh senang sangat camtu. Biawak betul.

Jadi sebelum kemerepekan ini berlanjutan, better stop kat sini dulu la. Untuk edisi kali ni sebenarnya nak sentuh tentang visi dan misi sebagai permulaan (walaupun dah tgh2). Aspek kehidupan tersangatlah luas untuk dibahaskan. Justeru itulah penetapan visi dan misi perlu diperkukuhkan secara total dan bijaksana tanpa bergantung pada anasir-anasir songsang. Janganlah merempit, janganlah isap dadah and etc..




Monday, June 15, 2009

Your Destiny



You choose the path that you want to go,
You choose the way that you want to be,
You decide the decision for your own entirre life...

but remember..

The Creator had been decided your destiny,
Its all on your effort,
Either want to choose a good path,
Or a dark path...

Think about it..

Thursday, October 30, 2008

Saat Datangnya Malaikat Maut

Seorang penjenayah tua yang menyorok di pinggiran kampung sedang sakit tenat. Dia hanya berbaring di atas katilnya yang lusuh. Tiba-tiba kedengaran ketukan keras di luar pintu.

"Siapa di luar?", teriak orang tua itu dengan ketakutan.
"Saya ialah MALAIKAT MAUT!!"
"Oh, syukurlah. Saya ingat yang datang anggota polis!"

Tuesday, October 21, 2008

Who We Are?



Who we are that you are thinking? What is the meaning of our theme pathetic destiny? Know details about us...continue to understand what we are doing with this blog..

Author..